Laman Rasmi Pusat Sumber Puteri IPGKPM

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN
1- RUJUKAN
Disediakan untuk membantu pengguna menggunakan PS Puteri secara lebih berkesan, mengatasi masalah mendapatkan maklumat atau bahan-bahan yang diperlukan,member panduan cara menggunakan OPAC dan bahan-bahan rujukan dan menjawab pertanyaan yang berkaita
2- PINJAMAN BUKU
Perkhidmatan ini terbuka kepada semua warga IPG KPM yang menjahi ahli PSPuteri.
3- PINJAMAN ANTARA PUSAT SUMBER IPGK
PSPuteri boleh meminjam bahan-bahan dari Pusat Sumber IPGK lain atas permintaan pengguna sekiranya bahan-bahan tersebut tidak ada di PSPuteri.
4- PINJAMAN ALAT BANTU MENGAJAR
Perkhidmatan ini merangkumi Pinjaman carta Pinjaman multimedia
5- PERKHIDMATAN AUDIO VISUAL
Projektor LCD dan 'speaker' komputer
6- KOMPUTER
Menggunakan komputer untuk membuat kerja-kerja berkaitan dengan kursus
7- INTERNET
Melayari internet untuk mendapatkan maklumat dan bahan-bahan untuk pembelajaran. Perkhidmatan wi fi juga disediakan. Pengguna bole melayari internet di ruang legar PSPuteri
8- KEMUDAHAN CETAKAN
Kemudahan mencetak bahan-bahan yang dimuat turun disediakan. Pengguna perlu berhubung dengan staf PS Puteri untuk mendapatkan kemudahan mencetak.
9- KEMUDAHAN LOKER BERKUNCI
Pengguna boleh menggunakan loker berkunci secara percuma semasa menggunkan PS Puteri. Pengguna perlu mendaftar di kaunter perkhidmatan untuk mendapatkan kunci loker.
PINJAMAN
Hanya ahli berdaftar sahaja diberikan kemudahan pinjaman. Pengguna hendaklah menunjukkan kad pelajar/ staf ketika membuat pinjaman. Pinjaman boleh dilakukan di kaunter perkhidmatan.
Peraturan meminjam bahan adalah seperti berikut:
- Mesti berdaftar sebagai ahli pusat sumber
- Mesti menunjukkan kad pelajar.staf setiap kali membuat pinjaman.
- Dilarang membuat pinjaman bagi pihak pengguna lain.
- Adalah menjadi kesalahan menggunakan kad pengguna lain untuk membuat pinjaman.
- Peminjam bertanggungjawab sepenuh ke atas bahan yang dipinjam
- Bahan mesti dipulangkan mengikut tarikh pemulangan yang ditetapkan.
- Denda akan dikenakan jika peminjam menghilangkan bahan,merosakkan atau lewat memulangkan bahan yang dipinjam.
- Bahan pusat sumber yang dibawa keluar mesti melalui pinjaman yang sah.
PEMULANGAN
- Bahan yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang ditetapkan.
- Denda akan dikenakan kepada pengguna yang lewat memulangkan bahan.
- Notis peringatan pertama akan dihantar kepada pengguna dan salinan kepada mentor.
- Notis peringatan kedua akan menyusul selepas 14 hari dari notis pertama dikeluarkan dan salinan kepada mentor dan penjaga.
- Notis terakhir akan dikeluarkan selepas 14 hari dari tarikh notis kedua dan akan dicatat jumlah denda yang perlu dijelaskan
berserta salinan kepada mentor, penjaga dan Unit Disiplin Hal Ehwal Pelajar untuk tindakan selanjutnya.
- Bahan yang tidak dipulangkan setelah peringatan ketiga dikeluarkan dianggap hilang dan pengguna perlu mengganti bahan tersebut atau membayar harga dua kali ganda harga bahan berserta wang proses RM50 mengikut Peraturan 9 Syarat dan Peraturan Keahlian
- Peminjam yang terus ingkar akan dikenakan tindakan pemotongan elaun dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan-kemudahan PS Puteri.
KELAYAKAN PINJAMAN

* Pelajar KDC MESTI memulangkan semua bahan yang dipinjam sebelum atau pada hari terkhir kursus.
DENDA
