top of page

PENGENALAN

 

Pusat Sumber Puteri, merupakan gerbang ilmu dan maklumat kepada warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu. Ia memainkan peranan penting sebagai sebuah pusat pengurusan ilmu dan maklumat. PSPuteri ditubuhkan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan kurikulum Institut.

 

PSPuteri menggunakan perisian automasi ILMU sebagai sistem automasi. Sisitem ini memudahkan pengurusan pusat sumber dan juga memudahkan pengguna mengakses maklumat bahan yang terdapat dalam PSPuteri dengan cepat. Pencarian maklumat boleh dibuat melalui terminal-terminal komputer dan sistem OPEC yang disediakan.

 

Sebagi gerbang ilmu dan maklumat, PSPuteri sentiasa berusaha menambahbaik kualiti perkhidmatan bagi mencapai objektif dan matlamatnya disamping mewujudkan suasana kondusif, suasana keilmuan yang sihat dan menarik untuk dimanafaat oleh warga IPG Kampus Perempuan Melayu

 

PUSAT SUMBER PUTERI

 

Nama PUTERI dipilih sempena :

 

PUTERI : Gelaran Kehormat bagi wanita

 

Cik PUTRI Kamariah Bt Megat Ramli– Pengetua perempuan Melayu Pertama MWTC/MPPM/IPPM/IPGKPM

 

Engku Puteri Raja Hamidah permaisuri Sultan Mahmud III, Sultan Riau-Lingga (1762-1812). Baginda merupakan think- tank  Sultan dan  penasihat dan pengawal adat istiadat dan budaya Melayu Kerajaan Riau  Lingga. Engku Puteri mempertahankan hak dan maruah kerajaan, kekuatan adat dan budaya Melayu, meski yang ada padanya hanya keyakinan, ketegapan hati dan semangat waja. Baginda berjuang dengan kekuatan hujah, hukum, norma, adat dan kata-kata bijaknya. Baginda dikenali sebagai  PEREMPUAN YANG MELAWAN DENGAN SERIBU KATA

 

Engku Puteri Raja Hamidah ,memperkenalkan dan  memakai kurung baju berpesak kembang dan berkekek dan berkain ombak lipat mengalun.Baju kurung ini menjadi  pakaian rasmi IPG Kampus Perempuan Melayu

 

Mulai 1 Januari 2010 Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan    Melayu, Melaka dikenali dengan nama PUSAT SUMBER PUTERI

© 2015 by PS Puteri IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Proudly created with Wix.com

bottom of page