Laman Rasmi Pusat Sumber Puteri IPGKPM

PERATURAN DAN SYARAT KEAHLIAN
(MS-ISO 9001-2008)
- Keahlian terbuka kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka.
- Setiap permohonan mesti disertai dengan 3 keping gambar berukuran pasport yang tertulis di belakangnya nama dan nombor kad pengenalan.
- Seseorang ahli akan diberi sekeping kad keahlian pusat sumber. (PSPuteri menggunakan kad pelajar sebagai kad keahlian mulai 2010)
- Kad keahlian tidak boleh ditukar milik.
- Kad keahlian ini hendaklah ditunjukkan semasa berurusan dengan kaunter sirkulasi.
- Bayaran RM5.00 berserta sekeping gambar bersaiz pasport akan dikenakan kepada ahli yang memohon kad baru bagi menggantikan kad yang hilang.
- Jumlah naskhah buku yang dibenarkan pinjam oleh pelajar ialah 5 naskhah dalam tempoh 14 hari dan bagi pensyarah 10 naskhah dalam 30 hari.
- Denda pada kadar 20 sen sehari bagi sebuah buku dikenakan atas ahli yang lewat memulangkan buku .
- Peminjam diminta menggantikan buku yang hilang dengan buku baru yang sama atau membayar dua kali ganda harga buku berkenaan beserta wang proses RM10.00 kepada Ketua Pusat Sumber.
- Sebarang kemusykilan hendaklah dirujuk kepada Ketua Pusat Sumber.
PERATURAN
- Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar/ staf semasa berada di dalam pusat sumber
- Keahlian tidak boleh ditukarmilik
- Dilarang membawa masuk beg, bungkusan dan payung ke dalam pusat sumber. Sila simpan di rak penyimpanan yang disediakan.
- Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam pusat sumber. Pelajar mesti mematuhi Peraturan Pakaian Pelajar yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
- Semua bahan yang dibawa keluar mesti ditunjukkan kepada staf pusat sumber di kaunter.
- Pengguna mesti berkelakuan baik, sopan dan dilarang makan dan minum di dalam pusat sumber.
- Dilarang berbual atau berbuat bising dan mengganggu ketenteraman dalam pusat sumber. Pengguna akan diarahkan keluar jika berbuat demikian.
- Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa berada di dalam pusat sumber. Pengguna dikehendaki menukar ke mod senyap dan keluar dari pusat sumber untuk menjawab panggilan.
- Dilarang mengalih perabot atau menyalahgunakannya
- Dilarang membuang sampah di dalam atau di luar pusat sumber
- Pengguna yang hendak membuat salinan bahan hendahlah bertanggungjawab sepenuhnya perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta HAk Cipta 1987
- Kehilangan kad pelajar/pekerja atau bahan hendaklah dilaporkan segera ke kaunter perkhidmatan.
- Staf pusat sumber berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
- Pensyarah tidak dibenarkan menjadikan pusat sumber sebagai kelas kecuali kelas yang berkaitan dengan pengurusan maklumat.
- Pusat sumber berhak menambah dan meminda peraturan dari semasa kesemasa.
KESALAHAN DAN DENDA
KESALAHAN
_______________________
- Mencuri bahan pusat sumber
- Mengoyak bahan pusat sumber dengan sengaja
- Menconteng bahan pusat sumber dengan sengaja
- Merosak atau menyalahguna kemudahan dan peralatan pusat sumber
- Menghilangkan bahan pusat sumber
- Menggunakan kad milik orang lain.
- Mengguna telefon bimbit dalam pusat sumber
- Makan dan minum dalam pusat sumber
- Membuat bising/mengganggu ketenteraman
- Membuat sampah
DENDA
_______________________
- Gantung keahlian selama satu semester.
- Mengganti bahan atau membayar harga bahan berserta wang proses sebanyak RM10.00
- Menghantar nama ke Jabatan HEP untuk diambil tindakan lebih keras
- Mengganti bahan yang sama.
- Membayar harga bahan mengikut harga semasa
- Membayar wang proses sebanyak RM10.00
- Digantung keahlian selama satu semester
- Diarah keluar dari Pusat Sumber
- Diarah keluar dari pusat sumber sertamerta